Monday, January 31, 2011

Pelantikan Pengawas PSS 2011




3i Jan 2011- Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah , Pengawas PSS telah diadakan di sekolah. Perasmi dijemput ialah En Usalli bin Md Jani SPGB,PGB, iaitu seorang pesara tentera. Beliau menceritakan pengalaman beliau semasa menjadi tentera. Selain itu, beliau menasihatkan semua murid agar mendengar segala arahan dari guru. Disiplin adalah asas utama untuk melahirkan diri yang berjaya... Selepas upacara ucapan, pentadbir mengiringi tetamu jemputan untuk bersalam-salaman dengan pengawas. Bacaan ikrar diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah M. Noor Bukhary b Md Fazani. Semoga, para pengawas semua dapat bekerja dan menjdi tulang belakang guru-guru melahirkan murid yang berdisiplin.,....i'allah

Monday, January 17, 2011

bengkel pengawas pss 2011





pada 15 jan 2011, pss telah mengadakan bengkel proses teknik bahan pss.... seramai 20 orang murid yang hadir kecuali 2 orang yang tidak sihat....
pada bengkel pertama ini, para pengawas didedahkan dengan proses teknik bahan bacaan di pss.. pengawas diajar cara melabel dan mengelaskan buku, menampal slip tarikh pulang dan bar code serta murid-murid juga dikenalkan jenis-jenis bahan yang ada di pss.... semoga usaha ini dapat membantu pengawas menjalankan tugas dengan jayanya...i'allah

Monday, January 10, 2011

ldp kali 1 2011 and motivasi parenting





SK Sempang telah mengadakan LDP kali 1 sesi 2011 dan serentak dengan ceramah motivasi untuk ibu bapa dan murid tahun 6. Ibu bapa dan murid di makmal komputer dan guru-guru di bilik audio visual. Sesi pertama ibu bapa dan murid ditunjukkan dengan program zoom A manakala guru ceramah motivasi bersama encik Zamani b Sailan . pada sesi kedua , guru-guru bersama Ketua sektor JPNM unit psikologi dan kaunseling iaitu En Isa b Jolan manakala ibu bapa dan murid-murid bersama en zamani sailan.
upacara penutup diadakan di makmal komputer dengan dihadiri oleh en. kamarudin b dawi selaku Pengerusi PIBG SK Sempang. Semoga usaha awal ini dapat membantu sekolah dalam meningkatkan prestasi yang lebih cemerlang. Insyaallah....

Monday, January 3, 2011

Selamat pagi semua warga sk sempang............
tahniah kerana masih menjadi warga sk sempang
selamat datang untuk geng baru sk sempang
semoga bertambah baik dan sentiasa cemerlang sekolah kiterrrrr......