Monday, November 3, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH NILAM 2014

3 NOV, AJK PSS DAN NILAM SK SEMPANG TELAH MENYAMPAIKAN 10 BUAH HADIAH BERUPA KAMUS KEPADA 10 ORANG MURID YANG AKTIF DENGAN NILAM. TAHINIAH KEPADA MURID TERSEBUT DAN SEMOGA IA MEMBERI MANFAAT DAN DORONGAN KEPADA YANG LAIN. HADIAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH PUAN GURU BESAR PN HJH ALISSA BINTI HJ MD YASSIN .

SELAIN ITU, UNTUK ANUGERAH TOKOH NILAM TAHAP 1 DAN TAHAP 2 AKAN DISAMPAIKAN HADIAH PADA HARI Q KELAK, INSYAALLAH. TKASIH










Thursday, September 25, 2014

Pertandingan Koir Kemerdekaan dan Nyanyian Lagu Rakyat

12 September, Panitia Pendidikan Muzik telah menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu Rakyat Bagi Tahap 1 dan Koir Kemerdekaan bagi Tahap 2 antara kelas. Syukur, penyertaan dari semua kelas amat menggalakkan. Tahniah kepada yang menang.. Semoga usaha ini boleh meningkatkan rasa cinta pada tanah air dan menghargai lagu rakyat tinggalan nenek moyang dahulu.




Tuesday, July 1, 2014

Program Ramadhan 2014

PSS SK Sempang menganjurkan Program Tayangan Video Sempena Ramadhan Kareem... Rm0.20 dikenakan setiap murid bagi sekali masuk...






Tuesday, April 22, 2014

Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT berjalan dengan lancar


















22 April, satu Malaysia serentak menyertai 'Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit' .... SK Sempang tidak melepaskan peluang ini dalam menyertainya. Tepat 9.40 minit pagi, para pengawas Pusat Sumber Sekolah telah membawa bakul buku ke kantin. Murid berkumpul di kantin ... Sedikit taklimat ringkas diberi oleh GPK 1 En Aznal Datuk Hj Abu.
10.00 pagi, loceng dibunyikan menandakan program bermula. Semua warga mengambil bahagian dalam program tersebut. Terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakannya. Program berakhir jam10.10 pagi. Di harap amalan ini akan menanam minat membaca kepada semua. Terima Kasih