Wednesday, March 28, 2012

Pertandingan Nyanyian Solo Kawasan Merlimau 2012



28 Mac 2012, SK Sempang sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah bagi Peringkat Kawasan Merlimau. Kira-kira 20 orang peserta dari seluruh sekolah kawasan Merlimau telah menyertainya. Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi di mana pada jam 8.00 pagi guru pengiring telah datang untuk membuat sound check.
Majlis perasmian penutup telah di rasmikan oleh En Mogni b Zakaria selaku Penyelaras Ko-ku PPD Jasin. Johan pertandingan pada tahun ini sekali lagi telah dimenangi murid SK Serkam iaitu adik Mohd Suffiyan b Khirkham. Naib Johan murid dari SK Batu Gajah.
SK Sempang selaku tuan rumah cuma mendapat tempat ke empat dan kelima... Oklaa tu.... Hehehehhehehe
Tahniah kepada semua pemenang dan semoga berjaya di peringkat negeri pada 6 Mei nanti di MITC Melaka..

Monday, March 19, 2012

Pelancaran NILAM dan Projek Bakul Buku





19Mac2012, PSS SK Sempang telah melancarkan Program NILAM dan Projek Buku. Majlis tersebut dijalankan pada perhimpunan pagi sekolah. Semua warga SKS berkumpul tepat jam 7.40 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Sempang iaitu Tn Hj Mohd Nasib b Hj Hamzah. Acara bermula dengan bacaan doa oleh Ustz Mohd Shahair. Taklimat dan penerangan ringkas dari GPM SKS tentang program tersebut. GPM juga telah menunjukkan hadiah utama bagi yang paling aktif NILAM iaitu Telefon bimbit Samsung Champ. Sebagai galakan kepada semua murid, semoga program ini akan membantu meningkat kualiti pendidikan anak didik...
Sebagai gimik pelancaran, acara memecahkan ais dilakukan oleh Tn Guru Besar. Selepas itu acara memotong reben bermulanya program NILAM dan projek bakul buku bagi tahun 2012.Kerjasama dari semua amat dihargai. Semoga usaha kecil ini akan membantu kecemerlangan anak didik SKSempang Insyaallah...