Friday, April 5, 2013

Pertandingan Dondang Sayang Peringkat Negeri Melaka 2013



Buat julung kalinya, 4 April 2013 SK Sempang telah satu pasukan dondang sayang untuk bertanding di peringkat negeri. Pertandingan telah diadaakan di MYDIN MITC Melaka. Peserta dari tahun 5 iaitu Adik Nurhaliza bt Bidin dan Mohd Shukur b Mohd Kamal telah dipilih untuk mewakili sekolah. Pertandingan ini telah melibatkan sebanyak 17 pasukan dari seluruh negeri Melaka. Tahniah kepada kedua orang murid tersebut kerana berani mencuba.  Banyak pengalaman yang mereka lalui untuk digunakan pada masa hadapan , Insyaallah...
Berikut merupakan pantun yang dipertandingkan

petik sirih di padang jambu
bunganya cantik nampak berseri
hati sayu sangatlah rindu dondang sayang
apakan daya tak sudi orang tak sudi


padang jambu rimbun selasih
tempatnya ragut si anak lembu
bukan tak sudi membalas kasih dondang sayang
ibu dah pesan hai dulu belajar dulu