Wednesday, September 28, 2011





24 September 2011- SK Sempang telah menghantar wakil ke Pertandingan Bercerita Rakyat di Tesco Peringgit Melaka di bawah Anjuran Perpustakaan Awam Negeri Melaka. Adik Nurhaliza bt Bidin dari kelas 3Bestari telah mewakili sekolah ke pertandingan tersebut. Pertandingan bermula jam 9.00 pagi. Tajuk cerita yang dibawanya ialah "Bawang Putih dan Buaian Ajaibnya". Objektif utama pertandingan adalah untuk mengekalkan cerita rakyat negara Malaysia. Syukur Alhamdulillah, beliau telah mendapat tempat pertama. Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Perpustakaan Awam Negeri Melaka. Tahniah diucapkan

Monday, September 19, 2011

Sambutan Penutupan Bulan Merdeka 2011


19 September 2011- Majlis Penutupan Bulan Merdeka peringkat Sekolah Kebangsaan Sempang telah selamat diadakan selepas waktu perhimpunan pagi. Acara dimulakan dengan persembahan bercerita oleh Amir Rusydan dari 5B. Seterusnya ucapan penutupan dari Guru Besar. Selepas itu, pertandingan koir kemerdekaan untuk murid tahap 2 dijalankan. 6 buah kumpulan koir telah bertanding dan 4Dedikasi telah diumumkan sebagai juara. Tahniah diucapkan. Majlis akhirnya mengumumkan pemenang setiap pertandingan sepanjang bulan merdeka. Terima kasih kepada semua yang telah sudi membantu. Semoga usaha ini, dapat meningkatkan semangat patriotisme buat semua warga SKS. Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia....