Monday, February 4, 2013

Majlis Pelantikan Pengawas PSS dan sesi bergambar smart card

4 Februari, dua aktivti telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.... Perhimpunan rasmi pagi ini telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas , Pengawas PSS, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. YDP PIBG iaitu En Kamarudin Md Dawi telah dijemput untuk merasmikan majlis tersebut. 
Jam 11 pagi pula, sesi bergambar untuk membuat smart card bagi pelajar tahun 1 dan pelajar baru SK Sempang. Suasana amat ceria menyaksikan anak-anak kecil ketika ingin bergambar.. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu melicinkan aktiviti hari ini. Semoga usaha yang dijalankan ini akan dapat membantu dalam bidang pengurusan PSS Sk Sempang....

Kicauan burung suasana indah
Merak merpati terbang berkawan
Pelantikan sudah bergambar sudah
Jalankan tugas jadikan amalan....