Thursday, June 28, 2012

Pertandingan Sajak dan Persembahan Baca Berirama

27 Jun PSS telah menganjurkan Pertandingan Deklamasi Sajak semasa waktu rehat. Seramai 15 orang murid telah menyertainya. Tujuan diadakan adalah untuk mencungkil bakat terpendak anak didik sk Sempang.



 pada 28 Jun pula, persembahan baca berirama dari murid 5 Bestari yang bertajuk Semut Tahu jalan pulang. Persembahan ini diadakan sempena giliran panitia sains untuk membuat persembahan. Murid-murid telah mempersembahkan sebab-sebab semut tidak pernah sesat dalam bentuk penyampaian yang berbeza....

Wednesday, June 20, 2012

Kuiz Simpulan Bahasa


Rabu, PSS telah mengadakan Kuiz Simpulan Bahasa terbuka kepada semua. Seramai 20 orang murid telah menyertainya. Murid-murid diberi masa mencari makna 6 simpulan bahasa. Murid-murid diberi peluang untuk mencari jawapan menggunakan bahan yang terdapat di rak buku .Selepas itu, memilih salah satu simpulan bahasa untuk membina dialog mudah......... Terima kasih ... Semoga usaha ini dapat membantu murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

Pertandingan Pantun Tahap 2

Selasa, Aktiviti Pantun telah dijayakan untuk tahap 2. seramai 20 orang telah menyertainya..... Sorry, tiada gampar kerana GPM tiada hari tu....

Monday, June 18, 2012

Aktiviti Mari Berpantun Tahap 1






18 Jun, Aktiviti Mari Berpantun Tahap 1 telah diadakan di PSS sekolah pada waktu rehat. Syukur Alhamdulillah, seramai 20 orang murid telah sudi menyertainya. Setiap murid dikehendaki membaca dua rangkap pantun yang diambil dari majalah Kuntum, Sebelum bermula, guru menunjukajar cara berpantun yang betul di mana intonasi dan ekspresi muka adalah amat penting.. Terima kasih... Syukur Alhamdulillah, PSS telah menerima 10 beg yang berisi hadiah hasil sumbangan Pn Hasnah Dollah iaitu pengusaha makanan ringan Kg. Sempang. Terima kasih banyak, semoga sumbangan yang diberi akan membantu  melancarkan segala yang telah dirancang...

Friday, June 15, 2012


Hari Kelima Bulan PSS dan Bulan membaca diteruskan dengan pertandingan membaca pantas Bahasa Inggeris bagi tahap 1. Petikan yang disediakan di skrin tv, boleh dibaca dan disemak oleh semua penonton yang menyaksikannya.....

Thursday, June 14, 2012

Pertandingan Membaca Pantas Bahasa Inggeris Tahap 2




khamis 14 Jun, Pertandingan Membaca pantas tahap dua dijalankan dengan format yang berlainan dari bahasa melayu. Teks bacaan dipaparkan di telivisyen dan murid membaca melalui televisyen. Tajuk bacaan hari ini ialah An Honest Boy.... terima kasih atas penyertaan semua.........

Wednesday, June 13, 2012

Pertandingan Membaca Pantas B.Melayu Tahap 2

13 Jun, aktiviti sempena bulan membaca dan bulan PSS diteruskan dengan Pertandingan Membaca Pantas Bahasa Melayu bagi tahap 2. Seramai 17 orang murid telah menyertainya.. Terima kasih atas kesudian menyertainya..




Pada hari ini juga syukur Alhamdulillah kerana penyumbang pertama sempena bulan membaca telah memberi sekotak buku-buku fiksyen. Syarikat penerbitan PTS One , kami amat menghargainya..... Ini merupakan kali ketiga sumbangan buku telah diterima dari pihak PTS One.... Terima kasih daun keladi.....

Tuesday, June 12, 2012

Pertandingan Membaca Pantas Bahasa Melayu Tahap 1




Selasa 12 Jun , Pertandingan Membaca Pantas Bahasa Melayu telah selamat dijayakan pada waktu rehat. Seramai 19 orang murid tahun 1 hingga tahun 3 telah menyertainya. Murid-murid dikehendaki membaca teks yang diberi oleh guru dengan pantas di mana intonasi dan sebutan perlulah betul. Terima kasih dan syabas atas keberanian kamu untuk menyertainya.

Monday, June 11, 2012

Aktiviti Bermula di hari pertama

Syuukur Alhamdulillah kerana aktiviti yang dirancang buat hari pertama sempena Bulan Membaca dan Bulan PSS telah dapat berjalan dengan lancar. Pengumuman di perhimpunan tentang sambutan telah dijayakan oleh Cik Sajidah ku sayang yang very2 helpful orangnyer........ Pada waktu rehat, tayangan video diadakan di PSS . Tayangan pertandingan bercerita rakyat peringkat kebangsaan tahun lepas.. Semoga cerita rakyat seperti aduhai malang pak kaduk, bawang putih bawang merah dan si luncai serta banyak lagi tidak lapuk dek hujan........ Sambil2 tu, GPM mempromosi pertandingan untuk hari selasa iaitu Pertandingan Membaca Pantas bagi tahap satu....... Syukur seramai 15 orang murid tahap 1 telah mendaftar... so, masih ada lagi 5 penyertaan untuk menyertainyeer...... sapa cepat dia dapat........ jangan ketinggalan........ Membaca jambatan ilmu, membaca ibu segala maju,,,,

Sunday, June 10, 2012

Bulan Membaca dan Bulan PSS 2012 Kembali Lagi..

Isnin 11 Jun 2012 bermulanya aktiviti wajib bagi PSS SK Sempang iaitu Sambutan Bulan Membaca dan Bulan PSS peringkat sekolah..... Pada tahun ini, sambutan diadakan awal sebelum bulan Julai. Berbagai aktiviti dirancang khas untuk warga sekolah. Sambutan akan bermula pada 11 Jun hingga 13 Julai 2012. Majlis Penutupan akan dibuat pada 16 Julai 2012. Semoga usaha ini berjaya mendidik dan menanam minat suka membaca dikalangan warga SKS.....