Monday, October 31, 2011

Program Selepas Peperiksaan "Sehari Bersama PEMADAM'






31 Ogos 2011, PSS telah mengadakan Program Selepas UPSR "Sehari Bersama PEMADAM'. Penceramah Jemputan untuk majlis ini ialah En Kassim bin Dollah selaku Setiausaha PEMADAM Negeri Melaka. Encik Kassim bin Dollah telah menerangkan kepada murid-murid tentang gejala dan kesan ke atas tubuh badan menghidu gam dan merokok di kalangan murid-murid sekolah rendah. Selain itu, beliau juga menerangkan perbezaan antara pengguna dadah dan penghisap dadah dari segi kelakuan dan sifat-sifatnya. Penerangan yang diberikan sangat berkesan ke atas murid terutama murid tahap dua kerana sejak awal hingga akhir ceramah, murid senyap memberi tumpuan dan tekun mendengar .
Pihak sekolah amat mengalukan kedatangan En Kassim kerana isu yang dibawanya memang amat bertepatan dengan isu semasa. Terima kasih diucapkan kepada PEMADAM Negeri Melaka kerana telah sudi datang memberi ceramah dan sumbangan RM500 kepada sekolah amat dihargai. Terima kasih!!!!!

Saturday, October 29, 2011

Bengkel Pemuliharaan, Pelupusan dan Hapus Kira Untuk Pengawas PSS





25 Oktober, Semua pengawas PSS dan pengawas Percubaan telah mengikuti bengkel pemuliharaan, pelupusan dan hapus kira bahan bercetak. Buku-buku PSS yang rosak tetapi masih boleh digunakan dibaiki manakala buku yang hancur direkodkan untuk proses hapus kira. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar berkat kerjasama dari semua pengawas. Terima kasih kerana membantu cikgu........

Tuesday, October 25, 2011

Ganjaran NILAM 2011


Jeng jeng jeng jeng..... Ganjaran NILAM untuk tahun 2011 akan diumumkan tidak lama lagi. Hadiah utamanya adalah basikal yang telah disumbangkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sempang. Tahniah kepada yang bakal memilikinya. Sepintas lalu, program NILAM adalah program galakan membaca yang telah diadakan sepanjang tahun. Semua murid wajib menyertainya. Yang rajin membaca, yang rajin meminjam buku dan yang rajin mencatat dalam buku NILAM adalah pemenangnya....... Terima kasih kepada PIBG yang sudi menyumbang.

Wednesday, October 12, 2011

Lawatan Sambil Belajar Oktober 2011













11.10.2011, PSS telah menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar kepada murdi-murid tahap 2. Seramai 40 0rang murid dan 4 orang guru telah menyertai lawatan tersebut. Jam 6.15 pagi murid telah berkumpul di sekolah. Lokasi pertama yang dikunjungi adalah Petrosains. Berbagai aktiviti dan eksperimen tentang sains telah dilalui semasa di sana. Selepas itu, ke Aquaria KLCC. Berbagai spesis hidupan laut terdapat di sana.

Lokasi yang seterusnya, menaiki Cruise Tasik Putrajaya. Rombongan kami telah ditunjukkan berbagai jenis jambatan, bangunan-bangunan menarik yang terdapat di sekitar Putrajaya. Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Wawasan, Bangunan Kerajaan , Masjid Putrajaya, Masjid Besi dan pelbagai lagi adalah antara yang ditunjukkan. Rombongan pada kali ini amat memberi pengalaman baru kepada murid.

Wednesday, October 5, 2011

Pertandingan Cerita Rakyat Milik SK Sempang




Alhamdulillah, pada sabtu lepas iaitu 1 Oktober, sekali lagi SK Sempang telah menjadi johan pertandingan bercerita rakyat anjuran Perpustakaan Negeri Melaka dan Perpustakaan Negara Malaysia bagi kategori tahap 1. Ini bermakna akan mewakili melaka pada peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada November nanti. Adik Nurhaliza Bt Bidin murid dari 3 Bestari telah mengharumkan kawasan Jasin sekaligus nama sK Sempang kerana telah menjadi Johan Bercerita Rakyat Tahap 1 anjuran Perpustakaan Awam Negeri Melaka dan Perpustakaan Negara. Tajuk cerita yang dibawanya ialah Bawang Putih dan Buaian Ajaibnya. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Datuk Othman bin Mohamad Speaker ADUN Melaka. Tahniah diucapkan... Doakan semoga berjaya diperingkat seterusnya, Insyaallah....