Wednesday, March 27, 2013

Pertandingan Tarian Sekolah Rendah

21 Mac 2013, SK Sempang telah menghantar pasukan tarian ke Pertandingan Tarian Peringkat Saringan di SMK Seri Tanjung, Tangga Batu Melaka. Seramai 12 orang peserta terdiri daripada murid tahun 2 hingga 5 telah dipilih menyertainya. Ini merupakan kali pertama SK Sempang menghantar pasukan tarian. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berani mencabar diri dalam bidang tarian. SK Semang merupakan satu-satunya sekolah di kawasan Merlimau yang menghantar pasukan tarian. Terima kasih kepada barisan pentadbir yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan kepada guru-guru untuk menyertainya.



Friday, March 15, 2013

Pertandingan Nyanyian Solo kawasan Merlimau


Sk Sempang telah menghantar 2 wakil iaitu Alia Maisarah bt Zakaria dari tahun 6 Bestari dan Nurhazwani bt Zulkifli dari 5 Bestari di KEMAS Serkam. Tahniah......

Sunday, March 10, 2013

Pelancaran NILAM 2013









Majlis Pelancaran Program NILAM telah dapat diadakan dengan jayanya pada 4 Mac 2013 di Dataran Susila SK Sempang.... Sori sesangat sebab lambat membuat laporan di blog kerana blogger punya laptop rosak daa.... Alhamdulillah, hariini baru dikelapangan untuk mengupdate blog.
Program NILAM telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Sempang almaklumlah, ini tahun terakhir beliau akan berkhidmat. Oleh itu, PSS telah berbesar hati menjemputnya untuk merasmikan. Terima kasih kepada cikgu Aslinah kerana sudi menjadi pengacara majlis pada pagi tersebut. majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shahhair . Kemudiannya nyanyian lagu rasmi serta ucapan guru bertugas. Persembahan deklamasi leh 3 murid comel yang bertajuk Bacalah Wahai Rakanku . seterusnya ucapan perasmian . Gimik pelancaran dimulai dengan acara memotong reben banner menandakan program telah bermula dan disusuli dengan acara enandatangani oleh guru besar di atas cermin. selepas itu, Pembantu PSS iaitu cik Ina telah menunjukkan hadiah untuk tahun ini iaitu sebuah tablet yang berharga RM300. Ianya sebagai pendrong kepada semua murid untuk minat membaca dan aktif dalam program NILAM.
Persembahan bicara berirama dari murid tahun 5 Bestari memeriahkan lagi acara pada hari ini yang bertajuk NILAM oh NILAM. Selepas itu, nyanyian beramai-ramai lagu NILAM . Terima kasih dan syukur Alhamdulillah .......