Monday, December 13, 2010

AKtiviti Terakhir PSS bagi sesi 2010

PSS telah mengadakan lawatan ke Melaka Batik House. Peserta rombongan dipilih dari kalangan murid-murid yang aktif dalam program NILAM sepanjang tahun 2010.
Tahniah kepada yang menyertai. Terima kasih kepada para pentadbir yang telah mengizinkan dan sponsor separuh dari tambang ke MBH.

http://melakabatikhouse.blogspot.com/2010/11/diy-batik-dari-sk-sempang-merlimau.html

Wednesday, September 1, 2010

Askum buat semua warga sks
selamat menyambut hari raya dan selamat bercuti semua....

Monday, July 26, 2010

Bulan 7 Bulan Membaca




Sepanjang bulan ini berbagai aktiviti bersama perpustakaan desa pengkalan samak, perpustakaan negeri melaka dan perpustakaan negara.
Mudah-mudahan memberi banyak manfaat kepada warga sk sempang....

Monday, July 19, 2010

bulan membaca minggu ke3

minggu ni, sk sempang bergabung dengan perpustakaan desa pengkalan samak dan perpustakaan negeri mengadakan aktiviti di pss kami. berbagai aktiviti diadakan pada hari ini. antaranya pameran , kuiz siapa bijak, dan semarak jawi... semoga murid mendapat manfaatnyer, insyaallah....

Saturday, July 3, 2010

kelas tambahan sains budak tahun 5



hari ini anak didikku sk sempang tahun 5 bestari dan 5 dedikasi kelas tambahan sains. kami buat kelas di makmal komputer. tajuk latihan 'types of microorganisme'. nampaknyer, semua berminat... tak der yang bising... cikgu sayang kamu semua.... buat betul2 yer......

Friday, July 2, 2010

Aktiviti Bulan Membaca minggu pertama


Aktiviti Menjawab Pantun Teka-teki

Minggu Pertama 1 dan 2 Julai Pengawas PSS mengadakan aktiviti menjawab pantun teka teki.
Murid yang dapat menjawab diberi hadiah mousepad... ramai yang dapat hadiahh

Thursday, June 24, 2010

Assalamualaikum.....
Selamat Menyambut Bulan Membaca 2010 kepada semua....
Apa ek aktiviti yang best2 nak buat?

Monday, May 24, 2010

Selamat bertugas di sekolah baru



Tahniah untuk Pn Hasnah bt Hj Mohd Taha selaku GPK 1 SK Sempang yang dilantik jawatan baru sebagai Guru Besar SK Tehel mulai minggu ini. Pn Hasnah sempat memberi kata-kata amanat yang terakhir kepada semua warga sekolah pada pagi Jumaat lepas.. Beliau sempat menceritakan pengalamannya semasa baru berpindah. Sebelum beliau berangkat pulang, semua warga berkumpul dari tapak perhimpunan hingga ke pintu pagar untuk upacara bersalam-salaman. Suasana pilu menyelubungi guru-guru terutama guru-guru perempuan. Linangan air mata dari Pn Hamidah, Pn Fauziah dan yang lainnya tidak mampu menyembunyikan rasa sedih. Pihak sekolah merasa kehilangan yang besar kerana seperti diketahui Pn Hasnah merupakan guru yang memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan prestasi UPSR ditahap yang membanggakan. Selamat bertugas di sekolah baru......

Kata-kata aluan Penasihat PSS SK Sempang


Terima kasih kepada semua pengunjung blog PSS SK Sempang. Kami mengalu-alukan kunjungan anda. Kunjungan anda melambangkan sokongan dari semua. Terima kasih.

Tuesday, May 18, 2010

Salam Buat Semua


Assalamualaikum.....
Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog rasmi PSS SK Sempang.. Sudi-sudikanlah mengunjunginya dan sama-samalah kita berkongsi-kongsi .... Terima kasih....