Monday, May 24, 2010

Selamat bertugas di sekolah baru



Tahniah untuk Pn Hasnah bt Hj Mohd Taha selaku GPK 1 SK Sempang yang dilantik jawatan baru sebagai Guru Besar SK Tehel mulai minggu ini. Pn Hasnah sempat memberi kata-kata amanat yang terakhir kepada semua warga sekolah pada pagi Jumaat lepas.. Beliau sempat menceritakan pengalamannya semasa baru berpindah. Sebelum beliau berangkat pulang, semua warga berkumpul dari tapak perhimpunan hingga ke pintu pagar untuk upacara bersalam-salaman. Suasana pilu menyelubungi guru-guru terutama guru-guru perempuan. Linangan air mata dari Pn Hamidah, Pn Fauziah dan yang lainnya tidak mampu menyembunyikan rasa sedih. Pihak sekolah merasa kehilangan yang besar kerana seperti diketahui Pn Hasnah merupakan guru yang memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan prestasi UPSR ditahap yang membanggakan. Selamat bertugas di sekolah baru......

No comments:

Post a Comment