Monday, February 24, 2014

Majlis Pelancaran Program NILAM dan Projek Bakul Buku SK Sempang 2014

24 Feb 2014, Majlis Pelancaran Program NILAM dan Projek Bakul Buku telah sempurna dijayakan . Syukur kerana majlis berlangsung dengan lancar. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Guru Besar SK Sempang yang baru hadir pada hari ini iaitu Puan Alissa dan En Osman Salleh Pegawai PPD Daerah Jasin.
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Razmannazri dan diikuti pula Ucapan Guru Bertugas Puan Noor Azizah bt Othman selaku pengacara majlis pada hari ini. Selepas itu ucapan Encik Aznal bin Datuk Hj Abu yang mengalu-alukan kehadiran Guru Besar , Pegawai PPD dan Perasmi.
En Rosidi bin Umar dari Pegawai Teknologi PKG Serkam telah merasmikan majlis ini , menasihatkan murid-murid agar menjadikan amalan membaca itu sebagai tabiat yang baik. Gimik Pelancaran telah mewarnai acara pagi ini. Selepas itu, persembahan sajak dari adik Siti Khadijah bt Hanizam yang merupakan tokoh NILAM tahap 1 bagi tahun 2013. Selepas itu, penyampaian buku NILAM kepada guru-guru kelas dan cenderahati kepada semua tetamu yang sudi hadir.
Terima kasih kepada semua yang tekah menjayakan majlis ini terutamanya Pn Siti Nur Farah selaku Penyelaras NILAM 2014.













Saturday, February 8, 2014

Motivasi Barisan Kepimpinan Pelajar SK Sempang 2014

8 Feb, Syukur.. Semuanya da berjalan dengan lancar dan sempurna.. PSS bersama Badan Sahsiah dan Disiplin SK Sempang telah mengadakan motivasi untuk para pengawas. Program telah berjalan dengan lancar di Pusat Sumber Sekolah. Aktiviti bermula jam 8.30 pagi di mana penceramah jemputan bagi slot 1 iaitu Ustaz Ayob bin Awaf. Slot kedua bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Slot kedua ,Ustaz Abd Syukor bin Latib dari Asyura Motivasi.Semoga usaha ini akan melahirkan pemimpin pelajar yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam setiap tugas yang disandang. Insyaallah..Terima kasih kepada para pentadbir kerana memberi kepercayaan kepada PSS untuk menjayakan program ini. Terima kasih kepada rakan-rakan sejawatan dan kepada semua pihak yang secara lansung dan tidak langsung membantu menjayakan program ini.