Monday, July 8, 2013

Aktiviti Sepanjang Minggu PSS 2013

1 Julai 2013 
BENGKEL MEWARNA BERSAMA KOLEJ KOMUNITI JASIN
PSS SK SEMPANG bersama PERPUSTAKAAN DESA PENGKALAN SAMAK telah menjemput Pensyarah dari Kolej Komuniti Jasin untuk mengadakan Bengkel Mewarna . ENcik Sanusi atau senang dipanggil abang Sanu telah mengajar teknik mewarna yang betul pada murid tahap 1. Kehadiran Penolong Pengarah KOlej Komuniti Jasin telah menambahkan kemeriahan bengkel pada hari tersebut.


2 Julai 2013
BENGKEL TEKNIK BELAJAR BERKESAN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI JASIN
Bengkel Teknik Belajar Berkesan untuk murid tahap 2 diadakan pada 8 pagi hingga 10.30 pagi di PSS. Penceramah dari Kolej Komuniti Jasin telah mengajar murid-murid teknik belajar berkesan. Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaat semuanya, Insyaallah.






BENGKEL KERATAN AKHBAR PENGAWAS PSS
Kakitangan Perpustakaan Desa Pengkalan Samak telah mengadakan bengkel kepada Pengawas PSS. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut tema berita untuk dikumpulkan. Bengkel dijalankan pada 11.00 pagi hingga 1.15 petang.




3 Julai 2013
PERTANDINGAN MEWARNA MURID TAHAP SATU
Pertandingan Mewarna ANjuran PSS telah diadakan pada 11.10 hingga 12.10 tengahari kepada murid tahap 1. Murid diberi masa selama 1 jam untuk mewarna yang bertemakan AMALAN MEMBACA BUDAYA BANGSA.


4 Julai 2013
BENGKEL PUISI BERSAMA CIKGU LIZA YAMIN
Tahun 4 Bestari telah dipilih untuk mengikuti bengkel puisi bersama cikgu Liza Yamin yang merupakan fasilitator Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka. Murid didedahkan tentang jenis-jenis syair yang ada dalam dunia sastera seperti syair siti zubaidah dan syair rakis. Murid juga diajar seokah yang bertemakan guruku.






5 Julai 2013
PERTANDINGAN MENGEJA DAN MENULIS UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS DAN PRA SEKOLAH
Hari Terkahir minggu PSS, 4 orang peserta dari Pendidikan Khas dan Pra Sekolah telah bertanding . Mereka bertanding dalam dua sesi iaitu sesi pertama mengeja dan sesi kedua menulis. Dipengerusikan oleh Cikgu Siti Nur Farah selaku mantan guru Pemulihan Khas .