Monday, January 27, 2014

Majlis Watikah Pelantikan dan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan

27 Jan, Dua Majlis besar telah berjalan pada hari yang sama. Pagi jam 7.40 Majlis Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah telah sempurna dijalankan. Majlis Dirasmikan oleh Tuan Ketua Balai Bomba Merlimau.
Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin sekolah yang dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik..






MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSKOLAHAN

Syukur.. Majlis telah dapat berjalan dengan lancar... Penyerahan Bantuan telah disampaikan oleh YB Encik Zaidi b Attan ADUN Kawasan Serkam Jam 9.30 pagi.. Semoga bantuan yang disalurkan dapat membantu ibu bapa dalam melengkapkan keperluan anak-anak.Alhamdulillah...



Friday, January 24, 2014

Sesi Bergambar Murid Tahun Satu dan Murid Baru Untuk Smart Card






Pada 22 Jan, PSS telah menjemput Syarikat One Think ke sekolah untuk sesi bergambar murid tahun satu dan murid baru untuk smart card. Ini merupakan aktiviti tahunan yang telah hampir 7 tahun dijalankan. Smart card digunakan untuk murid-murid membuat pinjaman bahan PSS .. Semoga usaha ini mendatangkan kebaikan kepada semua.. Terima kasih kepada guru kelas yang telah sudi memberi kerjasama kepada PSS..

Monday, January 6, 2014

SELAMAT BERSARA CIKGU

6 Jan 2014, Guru Besar Sekolah Kami iaitu Tuan Hj Mohd Nasib b Hj Hamzah telah diraikan dalam satu majlis yang penuh gemilang... Hari terakhir beliau di sini, kami raikan dengan satu majlis yang dihadiri oleh pegawai JPNM, pegawai PPDJ , AJK PIBG, Guru-Besar sekitar kawasan Merlimau dan rakan kenalan rapat...
terima kasih atas sumbangan yang telah diberi di sekolah... terima kasih cikgu