Monday, March 19, 2012

Pelancaran NILAM dan Projek Bakul Buku





19Mac2012, PSS SK Sempang telah melancarkan Program NILAM dan Projek Buku. Majlis tersebut dijalankan pada perhimpunan pagi sekolah. Semua warga SKS berkumpul tepat jam 7.40 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Sempang iaitu Tn Hj Mohd Nasib b Hj Hamzah. Acara bermula dengan bacaan doa oleh Ustz Mohd Shahair. Taklimat dan penerangan ringkas dari GPM SKS tentang program tersebut. GPM juga telah menunjukkan hadiah utama bagi yang paling aktif NILAM iaitu Telefon bimbit Samsung Champ. Sebagai galakan kepada semua murid, semoga program ini akan membantu meningkat kualiti pendidikan anak didik...
Sebagai gimik pelancaran, acara memecahkan ais dilakukan oleh Tn Guru Besar. Selepas itu acara memotong reben bermulanya program NILAM dan projek bakul buku bagi tahun 2012.Kerjasama dari semua amat dihargai. Semoga usaha kecil ini akan membantu kecemerlangan anak didik SKSempang Insyaallah...

No comments:

Post a Comment