Friday, November 9, 2012

kejayaan pss sebelum cuti sekolah

syukur Alhamdulillah, dua kejayaan telah pss kecapi sebelum cuti bermula. pada 29 okt 2012, pss menghantar 4 org wakil murid ke pertandingnan kuiz pengetahuan. walaupun mndpat tempat keempat, namun kejayaan i i amat membanggakan kerana pertama kali dapat mewakili kawasan, dan dapat mengalahkan senior2 yang biasa masuk pertandingan ini...
tanggal 3 nov pula, sekali lagi pss telah menghantar 2 orang ke pertandingan bercerita anjuran perpustakaan awam melaka. syukur, bagi thap 2 adik nurhaliza bidin telah mengekalkan kejuaraannya bagi dua tanun berturut2....
terima kasih..... cikgu amat bangga kepada kamu semua.....
walaupun bukan tugas hakiki seperti yang dikatakan oleh seseorang, namun keikhlasan cikgu membantu kamu semua hanya Dia sahaja yang tahu.... biarlah orang tak menghargainya, tapi cukuplah Allah menghargai dan tahu apa yang kita buat ini semata2 untuknya... nak kata apa, katalah...... asalkan cikgu bahagia..... Alhamdulillah...

Monday, October 8, 2012

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

pada minggu ini 8 oktober hingga 12 oktober 2012, murid akan menjalani peperiksaan akhir tahun ..... selamat menjalani peperiksaan.....

Wednesday, July 18, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 1433 H





Selamat Menyambut dan Menjalani Ibadah Puasa buat semua pengunjung blog PSS SK Sempang....... Aktiviti PSS pada tahun ini seperti biasa akan dijalankan mulai isnin 23 Julai 2012 kelak iaitu tayangan video pada waktu rehat...
terima kasih.

Monday, July 16, 2012

Pertandingan Nyanyian dan Gerakan Tahap 1 dan Majlis Penutupan Bulan PSS dan Bulan Membaca 2012

Syukur Alhamdulillah kerana telah sempurnanya aktiviti dan majlis hari ini. Jam 9 pagi, murid berkumpul di kantin sekolah untuk menyaksikan pertandingan nyanyian dan gerakan murid tahap 1. Seramai 6 kumpulan terdiri dari tahun 1B, 2B,2D, 3B,pra sekolah dan pendidikan khas.











Acara selepas itu, majlis penutupan yang telah dirasmikan oleh Cikgu Aznal b Datuk Hj Abu. Terima kasih kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang...

Friday, July 13, 2012

Aktiviti Terakhir Sempena Bulan PSS dan Bulan Membaca 2012




13 Julai 2012, telah jayanya diadakan Pertandingan Mengeja dan Menulis Khas buat murid Pra Sekolah, Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas. Setiap Kelas diwakili oleh 5 orang peserta. Pusingan pertama murid akan mengeja dan pusingan kedua menulis megikut apa yang disebut oleh guru. Terima kasih buat PPKI iaitu cikgu Sajidah, Cikgu Zaiton, Cikgu fauziah dan para pembantu PPKI iaitu Ina dan Siti yang sudi membantu. Pn CIkgu Farah dari Pemulihan Khas serta Norliza bagi Pra Sekolah terima kasih juga diucapkan.....

Thursday, July 12, 2012

Hari Ketiga dan Hari Terakhir Program Bersma PD Pengkalan Samak









12 Julai, hari terakhir dan hari kemuncak bagi program bersama Perpustakaan Desa Pengkalan Samak. Acara hari ini dimulakan dengan ceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan oleh Pn Siti Aishah. Selepas itu, persembahan boneka dari PD PengkalanSamak.. Terima kasih, tahun depan jumpa lagi...

Wednesday, July 11, 2012

Hari kedua program bersama perpustakaan desa

Pagi, tahun 4 bergabung dengan pendidikan khas telah menyertai pertandingan membuat paper beg di PSS. Murid menghias paper beg tersebut mengikut kreativiti sendiri. Selepas itu, tahun 5 menyertai pertandingan putar-putar bahasa. Murid dikehendaki menterjemahkan ayat yang berbentuk bahasa inggeris ke bahasa melayu.....
Giliran tahun 3 pada hari ini ialah aktiviti kolaj. , bahan-bahan disediakan oleh pihak perpustakaan desa manakala murid hanya per;u membawa warna, gam dan gunting.

















Tuesday, July 10, 2012

Hari Pertama "Program Bersama Perpustakaan Desa"

Minggu ini, merupakan minggu keempat sambutan bulan PSS dan Bulan Membaca Peringkat Sekolah. Alhamdulillah, telah jayanya program hari ini bersama Perpustakaan Desa Pengkalan Samak. Hari pertama, pegawai dari AADK telah hadir untuk menyediakan bahan pameran.


















Aktiviti pada hari ini ialah pameran AADK, Pertandingan Bijak Bijak Jawi untuk murid tahun 1, Door Knob Hanger untuk tahun dua serta aktiviti permainan dan kuiz terbuka kepada semua pada waktu rehat.......... Terima kash kepada semua yang sudi memeriahkan lagi acara minggu ini........... Muah muah muahhhhhhhh