Friday, December 20, 2013

MUKA BARU BLOG PSS SK-SEMPANG

terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog PSS SK Sempang... pandangan dan komen dari semua pengunjung amat dialukan demi memastikan ianya dapat memberi manfaat kepada semua...
\

Monday, November 25, 2013

Corat coret terakhir PSS Nov 2013

 Tahniah buat 3 orang Pengawas PSS yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang UPSR..


 Jamuan Akhir Tahun PSS 2013 meriahhh....




 Gotong royong membersihkan PSS ... Terima kasih kepada semua pengawas PSS


Monday, October 28, 2013

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Meriah

28 Okt,Majlis Pelancaran Perasmian Kem Membaca 1 Malaysia telah selamat dijalankan dengan jayanya. Bermula 7.40 pagi semua warga SK Sempang berkumpul di tapak perhimpunan. Tn Hj Mohd Nasib selaku Guru Besar telah menyempurnakan majlis tersebut. Diikuti pula dengan taklimat ringkas tentang KM1M oleh Pn Nor Afriza Hj Md Yamin selaku Mantan GPM.
Antara aktiviti sepanjang program bermula 28 Okt 2013 (Isnin) dan akan berakhir 30 Oktober 2013 (Rabu):
1. Bacaan serentak selama 2013 saat ( bermula 9.00 pagi berakhir 9.33 pagi di kelas masing-masing)
2. Kuiz Spontan
3. Membuat Penanda Buku









Thursday, October 24, 2013

Selamat Bercamping Warga SK Sempang

Selamat bercamping warga sk Sempang esok petang di Kem Lanchang..... Semoga apa yang telah diatur, berjalan dengan jayanya............... jangan luper berjimba jimbu malam esok....

Wednesday, October 16, 2013

Bengkel PSS 'Fail Tegak" Anjuran PUSTAKAM di SK Serkam Meriah




9 Oktober 2013,SK Sempang telah menghantar seorang wakil guru PSS dan Pengawas PSS untuk menghadiri bengkel Fail Tegak. Bengkel tersebut telah dianjurkan PUSTAKAM bersama SK Serkam. Bengkel bermula jam 8 pagi dan berakhir 5 petang di Sekolah Kebangsaan Serkam. Bengkel tersebut telah di

Monday, July 8, 2013

Aktiviti Sepanjang Minggu PSS 2013

1 Julai 2013 
BENGKEL MEWARNA BERSAMA KOLEJ KOMUNITI JASIN
PSS SK SEMPANG bersama PERPUSTAKAAN DESA PENGKALAN SAMAK telah menjemput Pensyarah dari Kolej Komuniti Jasin untuk mengadakan Bengkel Mewarna . ENcik Sanusi atau senang dipanggil abang Sanu telah mengajar teknik mewarna yang betul pada murid tahap 1. Kehadiran Penolong Pengarah KOlej Komuniti Jasin telah menambahkan kemeriahan bengkel pada hari tersebut.


2 Julai 2013
BENGKEL TEKNIK BELAJAR BERKESAN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI JASIN
Bengkel Teknik Belajar Berkesan untuk murid tahap 2 diadakan pada 8 pagi hingga 10.30 pagi di PSS. Penceramah dari Kolej Komuniti Jasin telah mengajar murid-murid teknik belajar berkesan. Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaat semuanya, Insyaallah.






BENGKEL KERATAN AKHBAR PENGAWAS PSS
Kakitangan Perpustakaan Desa Pengkalan Samak telah mengadakan bengkel kepada Pengawas PSS. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut tema berita untuk dikumpulkan. Bengkel dijalankan pada 11.00 pagi hingga 1.15 petang.




3 Julai 2013
PERTANDINGAN MEWARNA MURID TAHAP SATU
Pertandingan Mewarna ANjuran PSS telah diadakan pada 11.10 hingga 12.10 tengahari kepada murid tahap 1. Murid diberi masa selama 1 jam untuk mewarna yang bertemakan AMALAN MEMBACA BUDAYA BANGSA.


4 Julai 2013
BENGKEL PUISI BERSAMA CIKGU LIZA YAMIN
Tahun 4 Bestari telah dipilih untuk mengikuti bengkel puisi bersama cikgu Liza Yamin yang merupakan fasilitator Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka. Murid didedahkan tentang jenis-jenis syair yang ada dalam dunia sastera seperti syair siti zubaidah dan syair rakis. Murid juga diajar seokah yang bertemakan guruku.






5 Julai 2013
PERTANDINGAN MENGEJA DAN MENULIS UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS DAN PRA SEKOLAH
Hari Terkahir minggu PSS, 4 orang peserta dari Pendidikan Khas dan Pra Sekolah telah bertanding . Mereka bertanding dalam dua sesi iaitu sesi pertama mengeja dan sesi kedua menulis. Dipengerusikan oleh Cikgu Siti Nur Farah selaku mantan guru Pemulihan Khas .



Tuesday, June 25, 2013

Penyertaan Pertandingan Bercerita Anjuran Perpustakaan Negeri Melaka 2013

Sabtu 22 Jun 2013 SK Sempang telah menghantar 3 orang wakil untuk pertandingan tersebut yang bertemakan 'Pengguna Cilik Pengguna Cerdik'. Pertandingan itu telah diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Melaka Bukit Baru. Peserta tahap 1 diwakili oleh adik Nur Qhaliesya Awatif dan Ainul Athila. Manakala tahap 2 pula Nurul Izzati . Syukur Ainul Athilah telah mendapat tempat ketiga bagi kategori tahap 1. Hadiah berupasijil penyertaan, sebuah basikal, wang tunai RM50 dan banyak lagi. Bagi adik Awatif dan Nurul Izzati sekadar mendapat tempat ke4 sahaja. Tahniah diucapkan,,,,,,,