Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Selamat Tahun Baru 2012 buat semua pengunjung Blog PSS SK Sempang.... Moga kejayaan , kisah suka duka, yang dikecapi di 2011 akan mematangkan kita semua..... Tiada yang lebih baik selain dari diri kita sendiri!!! Yakinlahhhh

Tahniah kerana menjadi warga 2012..............

Monday, December 12, 2011

Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Peringkat Kebangsaan 2011




Pada 9-10 Dis 2011, SK Sempang telah menghantar murid iaitu Haliza Bidin ke Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Peringkat Kebangsaan mewakili tahap 1. Pertandingan diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia. Pertandingan tersebut diadakan pada 9 Disember jam 9 pagi. Penginapan semua peserta di KL International Hotel selama 3 hari 2 Malam. Tiga kategori dipertandingkan. Majlis Penutup telah diadakan jam 2 petang. Adik Haliza Bidin cuma memenangi hadiah saguhati. Hadiah yang diterimanya berbentuk wang, trofi dan buku cerita. Walaupun gagal, namun pengalaman yang ditimba disana akan digunakan untuk pertandingan yang akan datang, Insyaallah.... Terima kasih banyak kepada PERPUSTAM atas layanan sebelum dan semasa pertandingan tersebut.

Monday, October 31, 2011

Program Selepas Peperiksaan "Sehari Bersama PEMADAM'






31 Ogos 2011, PSS telah mengadakan Program Selepas UPSR "Sehari Bersama PEMADAM'. Penceramah Jemputan untuk majlis ini ialah En Kassim bin Dollah selaku Setiausaha PEMADAM Negeri Melaka. Encik Kassim bin Dollah telah menerangkan kepada murid-murid tentang gejala dan kesan ke atas tubuh badan menghidu gam dan merokok di kalangan murid-murid sekolah rendah. Selain itu, beliau juga menerangkan perbezaan antara pengguna dadah dan penghisap dadah dari segi kelakuan dan sifat-sifatnya. Penerangan yang diberikan sangat berkesan ke atas murid terutama murid tahap dua kerana sejak awal hingga akhir ceramah, murid senyap memberi tumpuan dan tekun mendengar .
Pihak sekolah amat mengalukan kedatangan En Kassim kerana isu yang dibawanya memang amat bertepatan dengan isu semasa. Terima kasih diucapkan kepada PEMADAM Negeri Melaka kerana telah sudi datang memberi ceramah dan sumbangan RM500 kepada sekolah amat dihargai. Terima kasih!!!!!

Saturday, October 29, 2011

Bengkel Pemuliharaan, Pelupusan dan Hapus Kira Untuk Pengawas PSS





25 Oktober, Semua pengawas PSS dan pengawas Percubaan telah mengikuti bengkel pemuliharaan, pelupusan dan hapus kira bahan bercetak. Buku-buku PSS yang rosak tetapi masih boleh digunakan dibaiki manakala buku yang hancur direkodkan untuk proses hapus kira. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar berkat kerjasama dari semua pengawas. Terima kasih kerana membantu cikgu........

Tuesday, October 25, 2011

Ganjaran NILAM 2011


Jeng jeng jeng jeng..... Ganjaran NILAM untuk tahun 2011 akan diumumkan tidak lama lagi. Hadiah utamanya adalah basikal yang telah disumbangkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sempang. Tahniah kepada yang bakal memilikinya. Sepintas lalu, program NILAM adalah program galakan membaca yang telah diadakan sepanjang tahun. Semua murid wajib menyertainya. Yang rajin membaca, yang rajin meminjam buku dan yang rajin mencatat dalam buku NILAM adalah pemenangnya....... Terima kasih kepada PIBG yang sudi menyumbang.

Wednesday, October 12, 2011

Lawatan Sambil Belajar Oktober 2011













11.10.2011, PSS telah menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar kepada murdi-murid tahap 2. Seramai 40 0rang murid dan 4 orang guru telah menyertai lawatan tersebut. Jam 6.15 pagi murid telah berkumpul di sekolah. Lokasi pertama yang dikunjungi adalah Petrosains. Berbagai aktiviti dan eksperimen tentang sains telah dilalui semasa di sana. Selepas itu, ke Aquaria KLCC. Berbagai spesis hidupan laut terdapat di sana.

Lokasi yang seterusnya, menaiki Cruise Tasik Putrajaya. Rombongan kami telah ditunjukkan berbagai jenis jambatan, bangunan-bangunan menarik yang terdapat di sekitar Putrajaya. Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Wawasan, Bangunan Kerajaan , Masjid Putrajaya, Masjid Besi dan pelbagai lagi adalah antara yang ditunjukkan. Rombongan pada kali ini amat memberi pengalaman baru kepada murid.

Wednesday, October 5, 2011

Pertandingan Cerita Rakyat Milik SK Sempang




Alhamdulillah, pada sabtu lepas iaitu 1 Oktober, sekali lagi SK Sempang telah menjadi johan pertandingan bercerita rakyat anjuran Perpustakaan Negeri Melaka dan Perpustakaan Negara Malaysia bagi kategori tahap 1. Ini bermakna akan mewakili melaka pada peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada November nanti. Adik Nurhaliza Bt Bidin murid dari 3 Bestari telah mengharumkan kawasan Jasin sekaligus nama sK Sempang kerana telah menjadi Johan Bercerita Rakyat Tahap 1 anjuran Perpustakaan Awam Negeri Melaka dan Perpustakaan Negara. Tajuk cerita yang dibawanya ialah Bawang Putih dan Buaian Ajaibnya. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Datuk Othman bin Mohamad Speaker ADUN Melaka. Tahniah diucapkan... Doakan semoga berjaya diperingkat seterusnya, Insyaallah....

Wednesday, September 28, 2011





24 September 2011- SK Sempang telah menghantar wakil ke Pertandingan Bercerita Rakyat di Tesco Peringgit Melaka di bawah Anjuran Perpustakaan Awam Negeri Melaka. Adik Nurhaliza bt Bidin dari kelas 3Bestari telah mewakili sekolah ke pertandingan tersebut. Pertandingan bermula jam 9.00 pagi. Tajuk cerita yang dibawanya ialah "Bawang Putih dan Buaian Ajaibnya". Objektif utama pertandingan adalah untuk mengekalkan cerita rakyat negara Malaysia. Syukur Alhamdulillah, beliau telah mendapat tempat pertama. Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Perpustakaan Awam Negeri Melaka. Tahniah diucapkan

Monday, September 19, 2011

Sambutan Penutupan Bulan Merdeka 2011


19 September 2011- Majlis Penutupan Bulan Merdeka peringkat Sekolah Kebangsaan Sempang telah selamat diadakan selepas waktu perhimpunan pagi. Acara dimulakan dengan persembahan bercerita oleh Amir Rusydan dari 5B. Seterusnya ucapan penutupan dari Guru Besar. Selepas itu, pertandingan koir kemerdekaan untuk murid tahap 2 dijalankan. 6 buah kumpulan koir telah bertanding dan 4Dedikasi telah diumumkan sebagai juara. Tahniah diucapkan. Majlis akhirnya mengumumkan pemenang setiap pertandingan sepanjang bulan merdeka. Terima kasih kepada semua yang telah sudi membantu. Semoga usaha ini, dapat meningkatkan semangat patriotisme buat semua warga SKS. Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia....

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengujung setia blog PSS..... Moga tahun ini akan memberikan makna dan keberkatan kepada semua... Jaga diri semasa musim perayaan.... nikmat hidup adalah sesuatu yang amat bernilai yang perlu dihargai.... hargai lah ia....

Friday, August 5, 2011

Aktiviti PSS Sepanjang Ramadhan Al Mubarak

Sepanjang Ramadhan Al Mubarak PSS mengadakan aktiviti tayangan video pada waktu rehat. Aktiviti ini dibuat untuk mengisi masa lapang murid-murid. Bagi tahun 5, tadarus Al Quran dijalankan dan dikendalikan oleh guru pendidikan islam. Tayangan video diadakan di bilik audio.

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan Karim


Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua pengunjung blog PSS..... Semoga memberi makna dan keberkatan buat semua.....

Friday, July 29, 2011

Pertandingan Akhir Nyanyian Solo dan Majlis Penutupan Bulan PSS dan Bulan Membaca 2011


e
29 Julai, Pertandingan Akhir Nyanyian Solo telah selamat disempurnakan jam 8.30 pagi di kantin sekolah. seramai 9 orang peserta yang trdiri daripada murid tahun 3 hingga 6 menyertainya. Majlis berakhir jam 9.30 pagi. Selepas itu bersambung dengan Majlis Perasmian Penutupan Bulan PSS Dan Bulan Membaca 2011. Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang menyertainya.
Terima kasih semoga berjumpa lagi pada tahun depan, insyaallah....

Thursday, July 28, 2011

Persembahan Puppet dan Anyaman Tikar



28 Julai, PSS telah menjemput Perpustakaan Negeri Melaka Zon Melaka Tengah untuk mengadakan persembahan puppet yang bertajuk Alam Sekitar. Seramai 7 orang pegawai telah hadir untuk menghiburkan warga SKS.
Pada waktu rehat, pertandingan anyaman tikar yang dikendalikan oleh Perpustakaan Desa. Murid yang terlibat ialah murid 3Bestari

Aktiviti Kraf Tangan Bersama KEMAS Bukit Tembakau



27 Julai, seramai 3 orang tenaga pengajar dari KEMAS telah dijemput ke sekolah untuk mengajar kraf tangan dari bahan-bahan terbuang kepada murid-murid tahap 2. Seramai 30 orang murid telah menyertainya. Pada sesi ini, murid diajar cara membuat bakul dari kertas surat khabar. Aktiviti bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi.
Pada waktu rehat, diadakan kuiz bahasa terbuka kepada semua murid. Selepas waktu rehat pula, aktiviti potong dan tampal jawi diadakan khas untuk murid tahun 2. Aktiviti dikendalikan oleh petugas perpustakaan desa Pengkalan Samak. terima kasih kepada semua yang bekerjasama menjayakan aktiviti pada hari ini.

Wednesday, July 27, 2011

AKtiviti Bersama Perpustakaan Desa dan Jabatan Alam Sekitar




26 Julai 2011, PSS telah bekerjasama dengan Perpustakaan Desa Pengkalan Samak dan Jabatan Alam Sekitar mengadakan aktiviti sempena bulan membaca. Ceramah Alam Sekitar telah disampaikan oleh Pn Fauziah dari JAS. Pameran dan kuiz alam sekitar di perpustakaan disediakan untuk semua warga SKS. Setiap murid yang berkunjung ke PSS akan diberi poster, majalah dan pamplet tentang alam sekitar. Selepas itu diadakan pertandingan mewarna khas untuk murid Pra Sekolah. Pada waktu rehat, murid yang berkunjung ke perpustakaan akan menyertai kuiz yang dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Pengkalan Samak. Sambutan dari semua warga SKS amat menggalakkan . Terima kasih dan syabas untuk warga SKS!!

Friday, July 22, 2011

Pertandingan Mengeja dan Saringan Nyanyian Solo


22 Julai, PSS telah menganjurkan Pertandingan Mengeja Bahasa Melayu khas untuk murid-murid Pendidikan Khas, Pemulihan Khas dan Pra Sekolah. Setiapnya diwakili oleh 4 orang murid. Pertandingan berlangsung di pentas utama perpustakaan SKS pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi. Pusingan pertama, murid diberi perkataan untuk dieja secara lisan sebanyak 3 kali. Bagi pusingan kedua pula murid menulis berdasarkan 3 perkataan yang disebut oleh Cikgu Sajidah. Terima kasih atas kerjasama semua guru Pemulihan Khas, Pendidikan Khas dan Pra Sekolah kerana sudi bekerjasama menjayakannya .

Pada waktu rehat, saringan Nyanyian Solo diadakan terbuka untuk semua murid. Lebih kurang 38 orang murid yang bertanding. Saringan akan disambung pada isnin. Dalam peringkat saringan, 8 terbaik akan bertanding pada peringkat akhir pada Jumaat 29 Julai, Insyaallah....

Thursday, July 14, 2011

Pertandingan Congkak Terbuka



14 Julai 2011, PSS telah menganjurkan Pertandingan Congkak Terbuka untuk murid SKS. Syarat untuk menyertainya adalah murid perlu menghantar buku NILAM yang telah siap dicatat serta membuat pinjaman buku pada hari tersebut. Pertandingan tersebut akan diadakan sehingga 21 Julai 2011 untuk mencari juara congkak bagi sesi 2011.

Monday, July 11, 2011

Kuiz Keratan Akhbar 11-13 Julai 2011



Pada minggu ini, kuiz keratan akhbar siri 1 hingga siri 3 diadakan sempena bulan membaca. Murid yang menyertai akan menjawab soalan yang diambil dari petikan akhbar utusan Malaysia. Dengan cara ini, akan menambah minat dan pengetahuan kepada murid....

Friday, July 8, 2011

Pertandingan Tulisan Khat



8 Julai 2011, PSS telah menganjurkan pertandingan Tulisan Khat. Seramai 23 orng telah menyertainya pada waktu rehat. Terima kasih atas kerjasama dari semua murid....

Thursday, July 7, 2011

Pertandingan Semarak Rumi ke Jawi




Pertandingan ini berlangsung pada 7.7.11 di PSS sempena bulan PSS dan Membaca. Seramai 19 orang murid telah menyertainya. Semoga usaha ini akan meingkatkan kemahiran membaca dan menulis jawi.

Wednesday, July 6, 2011

Pertandingan Semarak Jawi




Sempena Bulan Membaca,6 Julai 2011 PSS telah mengadakan Pertandingan Semarak Jawi Terbuka untuk semua murid SKS. Murid diberi keratan akhbar Utusan Melayu dan selama 30 minit, keratan akhbar itu perlu ditulis semula dalam tulisan rumi. Penyertaan amat menggalakkan dari semua peringkat. Adalah diharapkan program ini akan melahirkan murid yang celik jawi dan celik rumi.... Terima kasih kerana sudi menyertainya..... Membaca gaya wawasan...

Friday, July 1, 2011

Bulan PSS Membaca 2011 SK Sempang

Hari ini 1 Julai 2011, program Bulan PSS dan Bulan Membaca peringkat SK Sempang akan berlangsung selama sebulan. Program yang bakal berlangsung ada dilampirkan dibawah. Semoga usaha ini dapat membantu semua warga SK Sempang dlaam melahirkan warga yang berilmu... Insyaallah.... Kerjasama dari semua amat diharapkan... Terima kasih.

Monday, June 27, 2011

Lawatan Sambil Belajar SKS 2011







24 jUN 2011 - PSS SK Sempang telah mengadakan lawatan Sambil Belajar ke Bahagian Teknologi Pendidikan K. Lumpur . Seramai 7 orang guru dan 39 orang murid telah menyertainya. Pegawai BTP KL telah menyambut kami dan telah diberi taklimat di dewan BTP. Pihak BTP telah menerangkan tentang fungsi dan peranan BTP dalam membantu guru meningkatkan kualiti pendidikan. Eduweb TV yang telah diperkenalkan sejak 2008 banyak membantu semua warga sekolah untuk mencari maklumat dan info terkini. Selepas taklimat, sesi soaljawab kepada murid-murid. Selepas itu semua ahli rombongan di bawa melawat ke Studio rakaman , studio muzik, pusat sumber BTP dan banyak lagi. Hadiah dan cenderamata dari BTP buat semua tidak akan kami lupakan. Jam 2 petang, rombongan kami ke Kilang Yakult di Seremban. Sesi taklimat tentang khasiat air kultur yakult diadakan di dewan. Murid-murid begitu aktif ketika soal jawab kerana hadiah yang ditawarkan amat menarik. Pengalaman baru dari lawatan pada hari ini amat beerti buat semua guru dan murid. Semoga usaha ini akan memberi manfaat kepada semua. Syukur kerana program yang dirancang begitu teratur telah selamat berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama kepada SKS...

Aktiviti SK Sempang