
22 Julai, PSS telah menganjurkan Pertandingan Mengeja Bahasa Melayu khas untuk murid-murid Pendidikan Khas, Pemulihan Khas dan Pra Sekolah. Setiapnya diwakili oleh 4 orang murid. Pertandingan berlangsung di pentas utama perpustakaan SKS pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi. Pusingan pertama, murid diberi perkataan untuk dieja secara lisan sebanyak 3 kali. Bagi pusingan kedua pula murid menulis berdasarkan 3 perkataan yang disebut oleh Cikgu Sajidah. Terima kasih atas kerjasama semua guru Pemulihan Khas, Pendidikan Khas dan Pra Sekolah kerana sudi bekerjasama menjayakannya .Pada waktu rehat, saringan Nyanyian Solo diadakan terbuka untuk semua murid. Lebih kurang 38 orang murid yang bertanding. Saringan akan disambung pada isnin. Dalam peringkat saringan, 8 terbaik akan bertanding pada peringkat akhir pada Jumaat 29 Julai, Insyaallah....
No comments:
Post a Comment