Friday, January 27, 2012

Pinjaman Berkelompok PSS SK Sempang bersama Perpustakaan Desa Pengkalan Samak




Pada tahun ini, sekali lagi SK Sempang diberi peluang untuk bekerjasama bersama dengan Perpustakaan Desa dengan aktiviti Pinjaman Berkelompok. Ini bermaksud, sebanyak 300 buah buku dari perpustakaan desa diletakkan di PSS Sk Sempang. Ini memudahkan semua guru-guru untuk mendapatkan maklumat yang selain dari buku di perpustakaan sekolah. Buku-buku diletakkan ditempat khas bagi memudahkan guru dan mengelakkan bercampur dengan buku sekolah. Buku-buku yang diletakkan bersesuaian dengan keperluan contohnya buku rujukan agama, motivasi, sejarah , kaunseling dan novel. Setiap pinjaman haruslah dicatat di dalam buku log yang telah disediakan. Semoga usaha ini akan dapat membantu guru-guru. Terima kasih kerana mengunjungi PSS SK Sempang.

No comments:

Post a Comment